KERJA SAMBIL BEREHAT-REHAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sudah banyak bulan yang berlalu dan tahun yang menjelma baharu hari ini ada sedikit kesempatan mengemaskini kandungan blog ini. Entah berapa bulan pula kami duduk honey moon di tempat kerja kerana banyak kerja-kerja pembaikan makmal yang masih tak siap. Jadi perjalanan kerja yang minimum berjalan disamping kerja mengekses PC.
Banyak perkara yang berlaku di makmal sepanjang ketiadaan kemaskini. Untuk tidak ketinggalan dipaparkan gambar-gambar yang boleh mengimbau peristiwa tersebut
Bangunan Biologik menjadi tuan rumah kepada acara Perjumpaan Bulanan - satu pertemuan semua kakitangan bagi menyampaikan pelbagai maklumat atau apa sahaja yang difikirkan baik untuk menyempurnakan kerja-kerja dimakmal dan staf-staf atau pengenalan kepada penuntut atau staf baru. Saksikan bagaimana ramai yang hadir didepan menyanyikan lagu-lagu petriotik.
Begitu juga acara sukan terus berjalan seperti yang diharapkan. Gambar kenangan Dr Ramlan dan Dr. Asri selepas satu acara sukan.
